Pameran Dalaman merangkumi pelbagai aspek sejarah
dari Kesultanan Melayu Melaka hinggalah kemerdekaan
Malaysia
Pameran Luar
Segmen pameran luar dibahagikan kepada tiga iaitu
Dataran Meriam, Dataran Meriam Kuno dan Dataran
Kenderaan Jenis 'A'. Pesawat-pesawat udara TUDM
seperti pesawat A4 Skyhawk, DHC Caribou dan
Helikopter Allouette. Selain dari itu,
peralatan-peralatan perang yang digunakan oleh
Tentera Jepun, British dan Australia semasa Perang
Dunia Kedua turut dipamerkan sebagai tarikan.
Terowong Komunis
Sebuah terowong bawah tanah sepanjang 142 meter
telah dibina di bawah kompleks muzium. Bilik-bilik
seperti bilik bedah, bilik gerakan dan lapang sasar
dibina dan keseluruhan artifak PKM yang dirampas
dipamerkan.
Tugu Peringatan Tentera Darat
Demi memperingati jasa-jasa pahlawan yang telah
gugur, sebuah Tugu Peringatan Tentera Darat dibina
seperti anak kunci melambangkan Tentera Darat
sebagai kunci pertahanan negara