Pada
31 Disember 2001, Konsep Muzium Tentera
Darat telah dipamerkan kepada Y.A.B. Dr.
Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia.
Berkonsep gabungan proses pembelajaran dan
penyampaian maklumat dengan mewujudkan
suasana ceria, terhibur dan menarik kepada
setiap pengunjung dengan elemen berikut.
INFORMATIF
:: Memberi maklumat yang tepat, padat tetapi
ringkas melalui berita bergambar, lukisan,
peta, peralatan, diorama, model, replika,
buku scrap, keratan akhbar, buku rujukan,
brosur, risalah, audio visual dan khidmat
perpustakaan.
INTERAKTIF
:: Menggunakan kaedah pameran bersifat
mesra pengguna melalui penggunaan
teknologi canggih seperti alat
pandang dengar dan skrin sentuh.
SEJARAH:: Menggunakan 2 bangunan lama Depoh
Askar Melayu boleh memberi impak
yang efektif dan tepat selain selari
dengan hasrat TD untuk mewartakan
sebagai warisan nasional negara.