Dibawah
Perjanjian Persekutuan, Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu telah mendapat khidmat 'Malay
States Guides' yang tidak dianggotai oleh
seorang pun bangsa Melayu. Ketika itu orang
Melayu hanya mengganggotai Pasukan Sukarela
Melayu yang ditubuhkan pada 1902 yang
kemudiannya dikenali sebagai 'Malay States
Volunteer Regiment' (MSVR).
Gesaan oleh empat pembesar Melayu kepada
pemerintah Inggeris telah mendorong kepada
penubuhan Skuad Percubaan seramai 25 orang
rekrut pada 1 Mac 1933 di Depot Port
Dickson.
Penubuhan Askar Melayu diperbesarkan setelah
kecemerlangan yang dipamerkan oleh Skuad
Percubaan sehingga wujudnya Battalion
Pertama dan Kedua di saat-saat tentera Jepun
menyerang Tanah Melayu.
Program yang sedemikian rupa ini diperagakan mengikut
kronologi peristiwa dan sejarah menerusi
persembahan kios, informasi, panel grafik
dan audio visual.