RUANG PAMERAN›PENUBUHAN ASKAR MELAYU
 

Dibawah Perjanjian Persekutuan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah mendapat khidmat 'Malay States Guides' yang tidak dianggotai oleh seorang pun bangsa Melayu. Ketika itu orang Melayu hanya mengganggotai Pasukan Sukarela Melayu yang ditubuhkan pada 1902 yang kemudiannya dikenali sebagai 'Malay States Volunteer Regiment' (MSVR).

Gesaan oleh empat pembesar Melayu kepada pemerintah Inggeris telah mendorong kepada penubuhan Skuad Percubaan seramai 25 orang rekrut pada 1 Mac 1933 di Depot Port Dickson.

Penubuhan Askar Melayu diperbesarkan setelah kecemerlangan yang dipamerkan oleh Skuad Percubaan sehingga wujudnya Battalion Pertama dan Kedua di saat-saat tentera Jepun menyerang Tanah Melayu.

 Program yang sedemikian rupa ini diperagakan mengikut kronologi peristiwa dan sejarah menerusi persembahan kios, informasi, panel grafik dan audio visual.

 

::Menu Utama::

Ruang Pameran
Galeri Foto
Konsep Muzium TD
Penyelidikan
Pautan
 
     
     
 
     

Copyright © 2008 Muzium Tentera Darat
Hak Cipta Terpelihara


Anda pengunjung ke