RUANG PAMERAN›ERA KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAKA

Kedudukan Melaka yang strategik dari segi lokasi, geografi dan kedudukannya  di tengah-tengah Kepulauan Melayu yang kaya dengan rempah ratus telah menjadikan sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Kegiatan perdagangan ini bukan sahaja telah berjaya menjana ekonomi Melaka, malah menjadi pusat perdagangan dan kebudayaan Islam terkenal di rantau ini.

 Kemakmuran dan kesejahteraan ini tidak mungkin dikecapi tanpa adanya jaminan keselamatan dari pihak pemerintah. Justeru itu, angkatan tentera ketika itu memainkan peranan penting dalam menjana kesejahteraan sejagat.

Kegemilangan sejarah yang sedemikian rupa ini akan diperagakan dalam bentuk diorama lengkap dengan sistem cahaya. Suasana pelabuhan Melaka yang sibuk menyaksikan kapal Mendam Berahi berlabuh dengan para pedagang serta berlatarbelakangkan pasar dan deretan bangunan perniagaan sambil diawasi hulubalang-hulubalang Melaka yang gagah perkasa.
 

::Menu Utama::

Berita
Ruang Pameran
Galeri Foto
Konsep Muzium TD
Penyelidikan
Cenderamata
Pautan
 
     
     
 
     

Copyright © 2007 Muzium Tentera Darat
Hak Cipta Terpelihara