Masa
berganti masa, zaman berganti zaman, namun
semangat perjuangan menentang penjajah tidak
pernah terpadam. Justeru itu pelbagai usaha
telah dilakukan untuk memerdekakan tanah air
daripada penjajahan Inggeris.
Namun apabila anak watan berada diambang
kejayaan, ramai pihak yang tidak berpuas
hati termasuklah negara jiran yang khuatir
seolah-olah kemerdekaan Tanah Melayu hanya
salah satu dari agenda penjajah.
Pada peringkat awalnya, Indonesia menyatakan
bahawa negara tersebut tidak akan
menjalankan konfrontasi tentera. Tentangan
dari Indonesia ini akhirnya meluas hinggalah
timbul pertentangan tentera di antara
Indonesia dengan Persekutuan Tanah Melayu,
konfrontasi ini berlarutan sehingga tahun
1966.
Cara Persekutuan Tanah Melayu mendapat
kemerdekaan juga adalah istimewa. Di antara
faktor keistimewaan tersebut ialah
kesanggupan kaum terbesar iaitu kaum Melayu,
Cina dan India bersatu dalam ikatan politik
dan wujudnya darurat.
Pada amnya darurat adalah merupakan
peperangan di antara pihak kerajaan dengan
Parti Komunis Malaya, menyebabkan rakyat
menderita dan sengsara. Berkat kegigihan dan
pengorbanan pasukan bersenjata, Parti
Komunis Malaya dapat ditumpaskan dan
berakhirlah darurat pada tahun 1960.
Era ini juga dikenali sebagai era keperitan
angkatan tentera dimana segala peristiwa
yang berlaku itu menuntut pengorbanan yang
besar dari setiap individu pasukan
bersenjata, tanpa pengorbanan mereka, negara
mungkin akan runtuh di tangan pengganas
komunis.