RUANG PAMERAN›KEMERDEKAAN

Masa berganti masa, zaman berganti zaman, namun semangat perjuangan menentang penjajah tidak pernah terpadam. Justeru itu pelbagai usaha telah dilakukan untuk memerdekakan tanah air daripada penjajahan Inggeris.

Namun apabila anak watan berada diambang kejayaan, ramai pihak yang tidak berpuas hati termasuklah negara jiran yang khuatir seolah-olah kemerdekaan Tanah Melayu hanya salah satu dari agenda penjajah.

Pada peringkat awalnya, Indonesia menyatakan bahawa negara tersebut tidak akan menjalankan konfrontasi tentera. Tentangan dari Indonesia ini akhirnya meluas hinggalah timbul pertentangan tentera di antara Indonesia dengan Persekutuan Tanah Melayu, konfrontasi ini berlarutan sehingga tahun 1966.

Cara Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan juga adalah istimewa. Di antara faktor keistimewaan tersebut ialah kesanggupan kaum terbesar iaitu kaum Melayu, Cina dan India bersatu dalam ikatan politik dan wujudnya darurat.

Pada amnya darurat adalah merupakan peperangan di antara pihak kerajaan dengan Parti Komunis Malaya, menyebabkan rakyat menderita dan sengsara. Berkat kegigihan dan pengorbanan pasukan bersenjata, Parti Komunis Malaya dapat ditumpaskan dan berakhirlah darurat pada tahun 1960.

Era ini juga dikenali sebagai era keperitan angkatan tentera dimana segala peristiwa yang berlaku itu menuntut pengorbanan yang besar dari setiap individu pasukan bersenjata, tanpa pengorbanan mereka, negara mungkin akan runtuh di tangan pengganas komunis.

 

::Menu Utama::

Ruang Pameran
Galeri Foto
Konsep Muzium TD
Penyelidikan
Pautan
     
     
 
     

Copyright © 2008 Muzium Tentera Darat
Hak Cipta Terpelihara


Anda pengunjung ke