Walaupun
Portugis dan Belanda menjajah Tanah Melayu
dalam tempoh yang agak lama, namun kesan
peninggalan kedua-dua penjajah tidak
memberikan satu impak yang mendalam terhadap
perkembangan ketenteraan tanah air. Ini
berkemungkinan dari sikap mereka yang tidak
suka campur tangan dalam urusan pentadbiran
negeri-negeri di Tanah Melayu. Mereka hanya
menumpukan sepenuhnya dalam perniagaan dan
pentadbiran negeri Melaka sahaja. Di samping
itu, mereka juga sering menerima ancaman
daripada kerajaan Johor, Riau, Siak, Betawi
dan sebagainya.
Di
antara sumbangan Portugis dan Belanda yang
dapat memberi kesan terhadap evolusi
ketenteraan tanah air ialah penggunaan
senjata api, strategi pertahanan dan
disiplin anggota tentera. Aspek yang
sedemikian rupa telah diberikan penekanan
yang rapi oleh orang Eropah, tetapi tidak
bagi orang orang timur. Itulah sebabnya
walaupun Melaka pada ketika itu mempunyai
angkatan tentera yang besar, namum mereka
gagal mempertahankan Melaka dari jatuh ke
tangan Portugis yang kecil angkatan
tenteranya.
Struktur Porta Da Santiago tinggalan kota
bersejarah A'Famosa dan Stadhuys didirikan
bagi memperagakan fakta dan artifak
peninggalan kedua-dua penjajah ini.