RUANG PAMERAN›PORTUGIS DAN BELANDA

Walaupun Portugis dan Belanda menjajah Tanah Melayu dalam tempoh yang agak lama, namun kesan peninggalan kedua-dua penjajah tidak memberikan satu impak yang mendalam terhadap perkembangan ketenteraan tanah air. Ini berkemungkinan dari sikap mereka yang tidak suka campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu. Mereka hanya menumpukan sepenuhnya dalam perniagaan dan pentadbiran negeri Melaka sahaja. Di samping itu, mereka juga sering menerima ancaman daripada kerajaan Johor, Riau, Siak, Betawi dan sebagainya.

 Di antara sumbangan Portugis dan Belanda yang dapat memberi kesan terhadap evolusi ketenteraan tanah air ialah penggunaan senjata api, strategi pertahanan dan disiplin anggota tentera. Aspek yang sedemikian rupa telah diberikan penekanan yang rapi oleh orang Eropah, tetapi tidak bagi orang orang timur. Itulah sebabnya walaupun Melaka pada ketika itu mempunyai angkatan tentera yang besar, namum mereka gagal mempertahankan Melaka dari jatuh ke tangan Portugis yang kecil angkatan tenteranya.

Struktur Porta Da Santiago tinggalan kota bersejarah A'Famosa dan Stadhuys didirikan bagi memperagakan fakta dan artifak peninggalan kedua-dua penjajah ini.
 

::Menu Utama::

Ruang Pameran
Galeri Foto
Konsep Muzium TD
Penyelidikan
Pautan
 
     
     
 
     

Copyright © 2008 Muzium Tentera Darat
Hak Cipta Terpelihara


Anda pengunjung ke