Tempoh
empat tahun pendudukan Jepun di Tanah Melayu
adalah merupakan satu tempoh derita yang
panjang. Semasa pendudukan Jepun di Tanah
Melayu keadaan ekonomi dan politik menjadi
kucar kacir. Ini adalah kerana Jepun telah
memerintah dengan cara tentera yang keras
dan kejam.
Masalah ekonomi dan kekurangan makanan
meruncing, kenaikan harga barang-barang
melambung tinggi kerana inflasi, diikuti
dengan kadar kematian yang tinggi akibat
dari kekurangan makanan dan bekalan
ubat-ubatan.
Penderitaan yang perit ini berterusan
walaupun setelah Jepun menyerah kalah kepada
Inggeris pada tahun 1945. MPAJA tajaan
Inggeris bagi memerangi Jepun secara gerila
telah dipengaruhi oleh PKM telah menimbulkan
huru hara di seluruh Semenanjung Tanah
Melayu. Bintang Tiga memburukkan lagi
keadaan apabila mengambil alih pemerintahan
Malaya selama dua minggu.
Kesengsaraan dan keperitan itu telah
memberikan satu suntikan semangat perjuangan
yang jitu kepada Tentera Darat ketika itu.
Sejarah telah membuktikan pengorbanan mereka
dapat membebaskan tanah air dari segala
jenis kekejaman yang ditimbulkan oleh
tentera Jepun mahu pun komunis.