Tentera
Darat telah memainkan peranan yang besar
dalam menyumbangkan tenaga dan kepakaran
demi menjana pembangunan negara.
Sumbangan kejuruteraan dan perubatan adalah
yang ketara seperti membina dan memperbaiki
infrastruktur di pedalaman, membina jambatan
sebelum mana-mana pihak mengambil-alih tugas
pembangunan. Projek jiwa murni juga membawa
kemudahan perubatan ke daerah pedalaman di
Semenanjung Malaysia serta Sabah dan
Sarawak.
Disamping itu juga Tentera Darat turut
menyumbangkan kepakaran dan tenaga kepada
negara luar menerusi pelbagai misi
antarabangsa. Sumbangan ini turut meliputi
bidang sukan dan seni yang telah menjulang
nama negara dan Tentera Darat sendiri.