Sejarah
Tentera Darat adalah sejarah ketenteraan
kita sejak zaman berzaman, kerana merekalah
yang terlibat dalam peperangan yang
menentukan jatuh bangun satu satu kerajaan
itu. Menilai kembali angkatan bersenjata
kita, bermakna kita menyorot kembali sejarah
ketenteraan bangsa.
Pembesaran Tentera Darat bermula dengan
usaha dan azam kerajaan untuk membenteras
revolusi bersenjata komunis. Disamping itu,
ancaman dari luar juga telah mempengaruhi
perkembangan Tentera Darat supaya mempunyai
kekuatan dan keupayaan untuk mempertahankan
kedaulatan negara.
Tentera Darat juga telah melalui pelbagai
evolusi termasuk strategi peperangan,
persenjataan, peralatan dan sebagainya
sehingga wujudnya 17 Kor. Segala
perkembangan ini akan dipersembahkan dengan
pengisian berikut :-